Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18: Proses Menyiapkan Tugasan

Assalammualaikum..

Minggu ini hari-hari yang berlalu seperti biasa, kehidupan yang sama dijalani sebagai seorang pelajar mahasiswi. Pergi kelas, balik kelas, kafe, katil, siapkan tugasan, menganalisis fyp dan rutin harian yang seperti biasa. Bosan bukan? hahaha.. yee saya juga merasakan hal yang sama. Saya juga pelajar yang jenis bersikap pasif, lebih gemar berada di bilik dari bersosial dan beraktiviti sihat.

Namun minggu ini, saya dan kawan-kawan banyak melakukan aktiviti luar apabila kami perlu keluar untuk mendapatkan gambar dan menjadi model bagi tugasan kali ini. Merasakan penat berpanas dan berjalan. setiap ceruk kawasan kami terokai untuk mendapatkan gambar yang terbaik dan menepati ciri-ciri bagi setiap jenis fotografi. Antara pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan apabila kami  menjelajah ke dalam kawasan terpencil, masuk ke kawasan yang selama ini tidak pernah dijejaki, mungkin kerana selama ini tiada keperluan untuk meneroka. Salah seorang ahli kami pula memanjat pokok untuk mendapatkan fotografi jenis bird eyes view. Terasa susah, terasa penat, namun tugasan mencabar ini benar-benar mendedahkan kami tentang erti usaha dan kerja keras. Pengalaman baru mengekplorasi kawasan-kawasan UPM yang selama ini tidak pernah kami perdulikan. Sangat seronok sebenarnya.





No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...