Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Proses Membuat Fotografi Flat Lay

Assalammualaikum

Tak sangka kan dah sampai ke minggu ke empat. Cepat je masa berlalu. Kadang-kadang terasa ingin cepat-cepat berakhir. Kadang-kadang terasa sayang nak tinggalkan dunia belajar. Minggu ni kami dapat tugasan baru. Sama seperti tugasan-tugasan sebelum ni. Tugasan kali ini juga mencabar. Perlukan ketelitian dan keseimbangan yang betul untuk setiap gambar yang bakal diambil. Namun yang membanggakan adalah semangat berpasukan kami, sangat baik dan seragam. setiap orang memainkan peranan masing-masing. Masing-masing membantu, sorang jadi tukang jaga cahaya laa, sorang jadi tukang susun barang laa, aishhh... macam-macam lagi laa. Proses nk mengambil gambar-gambar ni juga satu hal lain pulak, berkali-kali ambik, ada je yang terasa kurang dan tidak sempurna. Sebab kami betul-betul ingin kan ketepatan bagi setiap ciri-ciri flat lay, Sama ada flat lay ke, half lay ke, quater flat lay ke, atau zero flay lay sekalipun kami ingin mendapatkan sudut yang terbaik dan tepat.

Barang-barang dalam gambar kami pulak? Alaaa ambil je apa yang ada. Beg perempuan kan.. macam-macam ada. Hehehe.. biasa laa tu. Okey siap pun semua tugasan. Lepas dah post di instagram tu terasa lega satu keja dah habis. Ehhh.. lega terlalu awal rupanya. Tiba-tiba je petang tu kami semua dapat makluman apa yang kami buat tu salah. Hahhh sudah... guano nih? Apa lagi kalam kelibut laa kami semua. Riuh dalam group whatshapp tuh bahagi-bahagikan tugas semula. Ok tenang.. tenang.. jangan gelabah. Semuanya akan baik-baik sahaja. Bertenang yee anak-anak. Acah jee.. kalut kot! Hahaha.. tapi dalam riuh dalam kalut dalam ingin mengejar deadline sebelum pukul 9, kami akhirnya dapat menyiapkan tugasan tersebut dan mengepost semula gambar-gambar yang baru dan berbezaa-beza mengikut jenis. Sempat pun, fuhhhh... lega!






No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...