Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18: Minggu Kedua

                                                                    *Minggu Kedua*


Pada hari ini, kami diberikan pendedahan tentang asas grafik. setelah itu, semua orang berkumpul di Latar Siwa untuk memulakan tugasan pertama. Terlebih dahulu, pembahagian tugas dilakukan untuk menjadikan kerja lebih pantas dan efisien. Ternyata setiap ahli juga memberi kerjasama yang begitu baik dan semua orang tekun melaksanakan tugas ini. Tugasan pertama mengajar kami untuk menjadi peka dan teliti di samping kreatif dalam menyiapkan tugasan ini.

Merupakan satu tugasan yang menyeronokkan apabila kami seolah-olah dapat kembali ke nostalgia lama zaman sekolah dimana kami bermain dengan gunting, kertas dan gam. Cuma sahaja tugasan kali ini lebih tinggi dan bersesuaian dengan tahap pendidikan kini. Namun, semua orang begitu menikmati usaha menyiapkan tugasan ini dan ternyata  mampu disiapkan pada masa yang dikehendaki.













BBM3410/18: Kuliah Minggu 1

                               *Minggu Pertama Kuliah di  Semester Akhir*

Rabu, 12 September 2018. Hari ini  bermulanya permulaan baru bagi perjuangan yang terakhir sebelum menamatkan program ijazah. BBM3410 Multimedia  merupakan antara subjek yang diambil pada semester akhir ini. Juga merupakan kelas pertama pada hari tersebut. Mengisi kekosongan tempat di dalam kelas, seterusnya sesi pengenalan awal subjek ini dimulakan oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim. Berdasarkan penerangan yang diberikan, saya mendapati subjek ini menarik dan berbeza dari apa yang selalu kami belajar sebagai pelajar linguistik. Kami didedahkan dengan gambaran awal khusus ini, tugasan-tugasan, pembahagiaan markah dan sebagainya. Seterusnya, kami diminta untuk memilih ahli kumpulan bagi tugasan yang bakal diberikan. Selain itu, bagi tugasan minggu hadapan, kami diminta untuk membawa beberapa bahan untuk tugasan pertama berkumpulan. Antara bahan-bahan tersebut ialah:

1. Enam keping mounting board hitam
2. Gunting
3. Gam Uhu Stick
4. Pisau Lipat
5. Reben
6. Majalah Terpakai
7. Puncher

Seterusnya, bahan-bahan yang perlu dibawa ini dibahagikan mengikut setiap ahli...


BBM3410/18: Pengenalan Diri

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Terlebih dahulu ingin saya memperkenalkan diri ini. Nama diberi Nudra Syafini bt Azmi. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana namun sangat bahagia. Saya dikelilingi oleh keluarga dan sahabat handai yang sentiasa menjadi tulang belakang dan penyokong kuat. Mereka membuatkan diri yang tidak seberapa ini mampu melangkah sejauh ini. Serba sedikit ingin saya nyatakan di sini biodata ringkas diri saya.

Nama: Nudra Syafini bt Azmi
Tarikh Lahir: 12 Ogos 1995
Umur:23 Tahun
Bilangan Adik Beradik: Anak kedua dari empat beradik
Asal:Negeri Kedah Darul Aman
Pendidikan Semasa: Semester Akhir, Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu, UPM
Cita-Cita:Pendidik




BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...