Wednesday, December 5, 2018

BBM3410: Video Tanpa Wajah

Assalammualaikum..

Tajuk bagi nota seterusnya ialah video tanpa wajah iaitu video yang kami perlu hasilkan setelah pembelajaran mengenai video one shot layer, video two shot layer, dan video three shot layer.

Video Tanpa Wajah 

1. Pengenalan.
-kami diperkenalkan mengenai video tanpa wajah dan boleh dikatakan antara video yang mencabar antara video-video yang telah kami lakukan sebelum ini.
-kami perlu berbincang, mencadangkan lagu dan jalan cerita yang bersesuaian agar mesej yang cuba disampaikan itu sampai kepada penonton kerana video kali ini tidak menyertakan ekpresi wajah
-lagu dan jalan cerita berulang kali ditukar kerana mesej yang ingin disampaikan itu menjadi keutamaan dalam penghasilan video ini

2.Proses Penghasilan
-lagu akhirnya dipilih bertajuk Pesan nyayian Irfan Haris.
-jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan juga digubah dan dikarang drafnya untuk penghasilan video tanpa wajah
-watak yang diutamakan ialah watak seorang budak perempuan yang kurang mendapat kasih sayang

3. Video Tanpa Wajah direkod
-video ini dibahagikan kepada 11 scene
-scene tersebut termasuklah scene kanak-kanak tersebut di bilik, di tapak perhimpuanan dan diakhiri dengan tragis
-video ini berakhir dengan sedih apabila watak kanak-kanak yang cuba menyelamatkan diri dari penculik tersebut melarikan dirinya ke jalan raya dan diolanggar oleh kereta
-pembikinan video ini berjaya dihasilkan dengan fokus utama kami pada patung yang dipegang dan sentiasa menemani watak utama dari awal hinga pengakhiran video tanpa wajah.

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...