Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: Latihan dan Pembikinan Video One Shot Two Layer

Assalammualaikum..

Selepas pembentangan video one shot, kami mendapat tugasan baru iaitu penghasilan video one shot two layer. Okey untuk pembikinan video kali ni kami kurang menari sikit sebab lagu kali ni sedih sikit weh, tajuk lagu? lagu apa? tak nak laa habaq, nanti hampa tengok dalam kelas laa noh, haa tudiaaaa. Okey-okey sudah, kita sambung balik, selepas dari kelas kami pun terus berkumpul di luar kelas untuk pembincangan pemilihan lagu dan hari untuk sesi latihan dan pemilihan hari untuk sesi merekod video full. Jadi kami memilih hari selasa pagi untuk latihan,  iaitu hari keesokannya.

Pagi esok tu dalam pukul 10 lebih kami dah mula berjalan kaki dari kolej serumpun ke bukit ekspo alang-alang boleh joging sekali sambil berjalan. Kami semua kolej yang tak sama, jadi ada yang datang berjalan kaki, ada yang menaiki kenderaan sendiri. Okey jadi seperti yang dijanjikan pukul 11 kami semua telah berkumpul di bukit ekspo. Selepas bincang tentang lagu, cara nak feel lagu sedih tu, dan membuat plan pembikinan video, kami pun mula menyusun atur kedudukan masing-masing mengikut peranan dan baris lirik maing-masing yang telah dibahagikan sebelum ini. Berkali-kali jugak laa kami buat latihan, sebab kami berlatih sambil happy go lucky, susah masing-masing nak ambik mood sedih tuh, bergelak jeh kami. huhuhu.. tapi akhirnya selesai jugak latihan kami untuk hari nih, tinggal proses pembikinan video sebenar je esok.

Okey hari ni, kami mula merekod video agak tengah hari jugak, sama je macam waktu kelmarin je lebih kurangnya. Walaupun dah berlatih berkali-kali kelmarin, tapi pembikinan video hari nih bukan dengan skali shot jeh terus jadi tahu, hahaha.. ada jugak laa perangai happy go lucky kami tuh, bergelak bergurau sebelum nak menjadi penghasilan video sebenar. Huhuhu.. tapi alhamdulillah video pada hari ini selesai di rekod. Dah dah.. jom kita balik, petang karang ada kelas lagi, okey bye bye semua.. Maka pembikinan video kami pada hari ini pun selesai..











No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...