Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Maksud Mimpi


Assalammualaikum..

Bila tengok tajuk pun mesti tertanya-tanyakan apa maksud dan cerita disebalik tajuk tersebut. Sebelum itu, aku ingin memulakannya dengan sebuah mimpi. Yeee.. kerana semua ini juga bermula dengan mimpi. Mimpi yang membuatkan aku tak mampu lagi untuk membendung sebuah kerinduaan yang terbuku. Malam yang hening, tidur aku juga enak dibuai mimpi. Aku melayari mimpi itu, lalu... hadirnya wajah sang insan yang tercinta. Manisnya senyuman itu, redup sungguih pandangan itu. Masih sama, tetap sama, tak pernah berubah wajah tenang itu. Tetapi kenapa hanya memandang ku sepi? Kenapa aku tak mampu untuk mendekati? Aku rindu.. kenapa aku tak mampu mencapai tangan itu? Kenapa tidak kemari mendekati ku?

 Aduh banyak betul persoalan-persoalan bila aku akhirnya terjaga dari mimpi itu. Aku rindu.. sangat merindui lelaki itu, lelaki yang tak pernah menyakitiku, sangat memanjakan ku, juga lelaki yang menjadi cinta pertama yang masih kekal hingga kini dan akan selama-lamanya. Ayah... adakah dirimu juga merindui ku? Sebelum tu jangan salah paham dulu yee.. lelaki dalam mimpi itu ayah aku laa.. aku sangat sayangkan ayah aku, dan rindu tu bertambah-tambah bila mengigatkan dirinya yang sakit di kampung. Sakit apa? bila lah rahsia. Kerana aku terlalu sukar untuk berkongsi duka aku dengan sesiapa. Aku lebih suika menunjukkan pada dunia bahawa aku baik-baik sahaja. Tidak perlu sesiapa tahu, kerana aku ingin terlihat kuat, tersenyum tenang bagaikan tiada apa-apa. Mungkin kah rindu ini kerana aku anak manja yang terlalu lemah? Entah, itu bagai yang dikata semua. Aku Anak Manja.

Tapi, manja ku bertempat, bukan manja yang meminta-minta atau menyusahkan keluarga dengan sifat mengada-ngada. Manja ku hanya pada sifat dan perbuatan. Sebenarnya, sebelum mimpi itu lagi aku sudah teringat-ringat rindukan kampung. Rindukan mak ayah adik-adik dan keluarga. Ayah lah yang paling aku rindu memandangkan keadaannya begitu. Tetapi minggu ni aku perlu berjumpa dengan sv fyp aku, habis tu.. macam mana ni? Macam mana nak balik kampung ni? Apa patut aku buat? Mana yang harus aku pilih dan utamakan? Banyak betul persoalan kan..Ok laa aku akan sambung cerita ini di post yang seterusnya. Kalau berminat nak tahu stay tuned dan jangan ke mana-mana. Huhuhu..

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...