Thursday, December 6, 2018

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum..

Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva, aduhhh.. tak boleh nak bergambar dengan prof dalam kelas. Haruuu dah aku memikir, gena nak dapatkan gambar dengan prof ni, antara tugasan pembikinan video dengan tugasan post gambar di fb, aku lagi risau memikirkan gambar. Mana aku nak dapatkan gambar dengan prof ni, patut tak kalau aku pergi ketuk pintu bilik prof? Uishhh tak berani laa pulak nak pergi ketuk pintu semata-mata nak bergambar. Haaa sudah haruuu dah. Sampai tahap terpikir, kenapa laa aku perlu viva hari isnin. Hahahhaha..

Tapi alhamdulillah Allah permudahkan, hari selasa petang lepas habis kelas keterampilan, aku terdegar kawan-kawan yang lain nak pergi bergambar dengan prof. Fuhhh.. rezeki betul. Tapi memang prof kami jadi the most wanted one lah minggu nih. Hahaha..  masa kami pergi tu prof ada dalam kelas tengah mengajar. Dalam selit-selit pintu tu pun kami sanggup bergilir-gilir untuk dapatkan gambar dengan prof yang berada dalam kelas. Tapi nasib kami baik, prof kami memang baik sangat weh, bila nampak kami berduyun-duyun di luar, prof sanggup keluar dari kelas layan kami sorang-sorang untuk bergambar.. huhuhu... terima kasih prof...









Wednesday, December 5, 2018

BBM3410: Video Tanpa Wajah

Assalammualaikum..

Tajuk bagi nota seterusnya ialah video tanpa wajah iaitu video yang kami perlu hasilkan setelah pembelajaran mengenai video one shot layer, video two shot layer, dan video three shot layer.

Video Tanpa Wajah 

1. Pengenalan.
-kami diperkenalkan mengenai video tanpa wajah dan boleh dikatakan antara video yang mencabar antara video-video yang telah kami lakukan sebelum ini.
-kami perlu berbincang, mencadangkan lagu dan jalan cerita yang bersesuaian agar mesej yang cuba disampaikan itu sampai kepada penonton kerana video kali ini tidak menyertakan ekpresi wajah
-lagu dan jalan cerita berulang kali ditukar kerana mesej yang ingin disampaikan itu menjadi keutamaan dalam penghasilan video ini

2.Proses Penghasilan
-lagu akhirnya dipilih bertajuk Pesan nyayian Irfan Haris.
-jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan juga digubah dan dikarang drafnya untuk penghasilan video tanpa wajah
-watak yang diutamakan ialah watak seorang budak perempuan yang kurang mendapat kasih sayang

3. Video Tanpa Wajah direkod
-video ini dibahagikan kepada 11 scene
-scene tersebut termasuklah scene kanak-kanak tersebut di bilik, di tapak perhimpuanan dan diakhiri dengan tragis
-video ini berakhir dengan sedih apabila watak kanak-kanak yang cuba menyelamatkan diri dari penculik tersebut melarikan dirinya ke jalan raya dan diolanggar oleh kereta
-pembikinan video ini berjaya dihasilkan dengan fokus utama kami pada patung yang dipegang dan sentiasa menemani watak utama dari awal hinga pengakhiran video tanpa wajah.

BBM3410/18: Video One Shot

Assalammualaikum..

Tajuk bagi nota yang ketiga ialah video one shot, iaitu yang juga merupakan tugasan video kami yang pertama setelah tugasan fotografi

Video One Shot

1.Pengenalan
-dijelaskan dan diperkenalkan tentang video one shot
-video one shot dari Bruno Mars merupakan contoh yang kami pelajari
-one shot ialah di mana posisi kamera statik dan tidak bergerak dari awal hingga pengakhiran lagu
-subjek yang bergerak dalam video one shot hanyalah penyanyi dan penari sahaja
-paling penting, video one shot merupakan video yang hanya boleh shot sekali tanpa sebarang pengeditan atau penambahan kecuali pada bahagian pengkreditan

2. Proses Penghasilan
-yang terutama dan terawal, perbincangan dilakukan dan pemilihan lagu dibuat secara kesepakatan berkumpulan
-koreografi tarian dan pembincangan susun atur peranan dilakukan mengikut kesesuaian lagu yang telah dipilih
-latihan demi latihan dilakukan sebelum shoot sebenar video one shot direkod
-setiap ahli kumpulan memainkan peranan untuk mengigati  step tarian dan lirik lagu dalam tempoh masa yang singkat
-video one shot yang dihasilkan oleh kumpulan saya iaitu kumpulan produksi satu ksosong ialah bertajuk Nakal, Nakal, Nakal nyayian Ayda Jebat.

3. Video One Shot direkod
-di awal lagu, penyanyi memimikkan mulut mengikut rentak dan lirik lagu tersebut
-seterusnya diikuti oleh penyanyi kedua dan ketiga
-apabila tiba bahagian korus lagu, 5 ahli yang bersamaan dengan separuh dari ahli kumpulan kami akan masuk, menari, dan memimikkan lagu bahagian korus ini
-setelah itu penyanyi seetrusnya akan masuk sebentar untuk memimikkan beberapa rangkap lirik lagu
-ahli 5 orang lagi iaitu pecahan bagi kumpulan kedua akan masuk untuk menari bagi rangkap korus seterusnya.
-setelah disiapkan, video akan diedit untuk di kreditkan dan dipost ke youtube untuk dibentangkan dalam kelas pada minggu yang akan datang

BBM3410/18: Papan Cerita

Assalammualaikum..

Tajuk bagi nota seterusnya ialah papan cerita yang juga dipanggil sebagai e-majalah

1. Terdiri daripada 5 helaian kertas dan 10 halaman
-kami diberikan 5 helai kertas A4 bagi setiap ahli kumpulan.
-seterusnya kami perlu membahagikannya kepada satu orang satu halaman
-setiap orang mempunyai tugasan masing-masing melalui pembahagian halaman dan tugasan

2. Pemilihan tema
-kami berbincang untuk memilih tema bagi e-majalah kumpulan kami
-setelah sepakat, tema Beg dipilih sebagai subjek bagi e-majalah
-tema beg tersebut dipecahkan dan dibahagikan menjadi beberapa jenis beg antaranya;

  • handbag
  • sling bag
  • purse
  • clutch bag
  • tote bag
  • bag make up
  • bag pack    
-bagi 3 halaman lagi adalah untuk muka depan, sidang  pengarang, dan muka belakang yang ditugaskan kepada 3 ahli yang lain.

3. Penghasilan papan cerita atau e-majalah
-setiap seorang mendapat tugasan dan halaman masing-masing dan perlu melukis mengikut subtajuk masing-masing.
-saya mendapat tugas untuk melukis bag pack iaitu bag galas.
-4 jenis beg galas telah saya lukis iaitu meliputi beg laptop, beg santai, beg travel dan beg ke kelas.
-keempat-empat lukisan beg tersebut dimuatkan dalam satu halaman bagi subtajuk bag pack
-seterusnya bagi setiap jenis beg tersebut dijelaskan ciri-ciri dan keistimewaannya untuk memenuhi eleman e-majalah itu sendiri

4. Pengabungan
-kami mendapat tuugasan ini dalam kuliah pagi isnin dan diberikan peluang dan masa sehingga rabu pagi. Oleh itu, kami perlu bertindak pantas namun cekap, lukisan yang telah dihasilkan oleh setiap seorang diserahkan pada ahli yang akan membuat muka belakang sekaligus mengabungkan smua lukisan ttersebut.
-setelah disusun, e-majlah yang disiapkan hasil kerjasama berpasukan telah dihantar pada pagi rabu seperti ketetapan yang telah ditetapkan.

BBM3410/18:Asas Grafik

Assalammualaikum..

Untuk tugasan pada minggu ini, kami ditugaskan untuk menulis nota berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi. Tugasan ini adalah seperti bentuk uji kaji pelajaran bagi kami untuk mengigati semula semua ilmu  yang kami pelajari berkaitan kelas multimedia. Dimulakan dengan Asas Grafik yang merupakan  tugasan pertama dan juga ilmu pertama yang kami pelajari dalam kelas ini..


Asas Grafik

Bahan yang perlu kami sediakan;

1. Enam keping mounting board hitam
2. Gunting
3. Gam Uhu Stick
4. Pisau Lipat
5. Reben
6. Majalah Terpakai
7. Puncher



Asas Grafik yang dipelajari;

1. Mudah 
-Gambar ini menjelaskan konsep mudah
-Hiasan dan objek yang digunakan dalam gambar juga adalah ringkas
-Gambar ini juga tidak sarat dan memperlihatkan elemen mudah


2. Teks 
-Dalam gambar ini, teks adalah lebih terselah dan lebih mendominasi
-Teks merupakan perihal yang cuba difokuskan dalam gambar ini
-Gambar ini adalah untuk memberitahu maklumat kepada pembaca dan latar hanyalah sebagai hiasan yang melatari teks


3. Warna
-Warna bagi asas grafik
 ialah apabila di dalam sesebuah gambar tersebut memiliki kepelbagaian warna yang  pelbagai
- Gambar di atas memperlihatkan warna warni yang melatari gambar tersebut.


4. Keseimbangan 
-Gambar ini merperjelaskan mengenai unsur keseimbangan di dalam sesebuah gambar
-Dikatakan seimbang apabila di kiri dan kanan gambar tersebut seimbang dan secara tidak langsung menyeimbangkan gambar tersebut


5. Kesesuaian
-Gambar ini dipilih berdsarkan cirinya yang bersesuaian
-Bersesuaian di sini dapat dilihat melalui ruang, susun atur dan kesesuaian dalam gambar di atas



Kumpulan Produksi Satu Kosong

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...