Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18: Minggu Mencabar

Assalammualaikum..

Dalam kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan untuk beberapa subjek, minggu ini terasa begitu sukar dan melelahkan hanya kerana satu pokok hal utama iaitu FYP. Sememangnya sejak sem 1 perlu menyiapkan tugasan-tugasan bagi setiap subjek, namun hal itu bukan lah menjadi satu masalah kerana memang sudah itu tanggungjawab seorang pelajar. Namun bermula semester 6 dan semester 7 kini, dapat dirasakan bahawa tekanan hebat dirasakan bukan sahaja saya tapi semua kawan-kawan lain juga yang perlu menyediakan fyp.

 Tekanan hebat ini pastinya akan dirasakan apabila tempoh untuk menghantar fyp dan bertemu SV makin mendekat. Kepenatan, tidak cukup tidur dan sebagainya membuatkan hati benar-benar berharap... agar sahaja minggu ini cepat berlalu. ingin menghantar fyp, mendapatkan sedikit rehat dan menikmati ais krim sebagai reward untuk diri sendiri. Ais krim dan coklat, dua perkara itu terasa sangat diperlukan saat diri hampir berputus asa menyiapkan fyp.

Hari terakhir, saya berjaya menyiapkan fyp dari bab 1 hingga bab 3 kerana perlu dihantar keesokkannya. Selepas subuh, saya melelapkan mata untuk mendapatkan sedikit kerehatan. Pada petang keesokkannya, setelah menghantar fyp, terasa satu beban memberat di kepala dan bahu makin meringan. Paling penting, saya dapat coklat yang saya nak... hehehe.. nampak remeh, agak kebudakkan, namun itu lah sedikit kegembiraan bagi saya. huhu.

                                                                    Nyum... nyum..


No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...