Thursday, December 6, 2018

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum..

Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva, aduhhh.. tak boleh nak bergambar dengan prof dalam kelas. Haruuu dah aku memikir, gena nak dapatkan gambar dengan prof ni, antara tugasan pembikinan video dengan tugasan post gambar di fb, aku lagi risau memikirkan gambar. Mana aku nak dapatkan gambar dengan prof ni, patut tak kalau aku pergi ketuk pintu bilik prof? Uishhh tak berani laa pulak nak pergi ketuk pintu semata-mata nak bergambar. Haaa sudah haruuu dah. Sampai tahap terpikir, kenapa laa aku perlu viva hari isnin. Hahahhaha..

Tapi alhamdulillah Allah permudahkan, hari selasa petang lepas habis kelas keterampilan, aku terdegar kawan-kawan yang lain nak pergi bergambar dengan prof. Fuhhh.. rezeki betul. Tapi memang prof kami jadi the most wanted one lah minggu nih. Hahaha..  masa kami pergi tu prof ada dalam kelas tengah mengajar. Dalam selit-selit pintu tu pun kami sanggup bergilir-gilir untuk dapatkan gambar dengan prof yang berada dalam kelas. Tapi nasib kami baik, prof kami memang baik sangat weh, bila nampak kami berduyun-duyun di luar, prof sanggup keluar dari kelas layan kami sorang-sorang untuk bergambar.. huhuhu... terima kasih prof...









No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...