Saturday, October 27, 2018

BBM3410/18: Putus Asa

Assalammualaikum...

      Hmmm.. korang pernah tak rasa erti putus asa dalam hidup? Bilamana korang berusaha sehabis daya, segala-galanya, tapi semua itu hanya sia-sia dan tiada nilai. Hanya sia-sia, dan waktu tu lah korang rasa erti putus asa yang tersangat apabila korang dan memberi yang terbaik dan berakhir dengan hasil yang sia-sia, usaha yang sia-sia. Pernah rasa? Bagi aku, biasa laa kan hidup kita sebagai student nih, ada jatuh bangun, tipu laa kalau kata sepanjang study kita tak ada tekanan, masalah dan air mata. Tuu semua lumrah laa kan bagi kita semua yang tengah berjuang mendapatkan segulung ijazah. Aku juga merasakan semua tu, cuma minggu ni ada hal yang paling menjatuhkan aku hingga aku rasa benar-benar putus asa dengan segala usaha aku. Hahahhaha.. selalu nya jarang laa sangat aku rasa putus asa yang teramat sangat dalam study nih, selalu apa hal pun berkaitan study, teruk stress gena sekalipun belum laa aku rasa nak putus asa. Tapi hal yang berlaku kali ni betul-betul buat aku down, terasa macam aku dah tak perduli segala dah, usaha aku hanya sia-sia.. tak ada nilai pun.

Tapi, tak boleh laa aku bagi tahu kenapa aku down teruk sangat macam ni, just down sebab hal-hal berkaitan study laa juga. Okey cukup laa noktah di situ. Down laa kejap seharian tu, tapi aku ada kawan-kawan yang terbaik, diorang laa yang selalu nasihatkan agar sabar dan jangan putus asa. Tahu tak macam mana kawan-kawan aku ceriakan aku, diorang ajak pergi mall, makan. Hahahahahah... aduhh, ok laa aku akui hal tu memang berjaya. Pastu kan satu hal lagi yang buat aku kurang stress sikit bila pagi tu aku down, petang tu pulak kami ada latihan menari untuk siapkan video one shot subjek multimedia. Terasa hilang laa juga sikit aku punya tekanan ni bila bergelak tawa bila menari dengan mereka smua. 10 orang kot kami semua weh, ramai.. nak muatkan dalam satu kamera one shot pulak tuh, hahaha tapi memang lawak laaa. Last tu jadi jugak sebenarnya.. berjaya juga kami record dan siapkan.

       Okey tu kisah menari, ni kisah keesokkannya nih bila kawan-kawan aku dah plan nak ke ioi city mall. Petang tu kami pergi ke mall, orang tak laa ramai sangat sebab bukan hujung minggu, tapi ramai laa juga.. macam biasa. Okey first sekali kami cari nasi, lapar uiiii... habis makan cari ais krim pulak, hahahaha.. lepas ais krim round satu mall tu pula. Aishhh.. boleh dikatakan masuk mall tu langit masih cerah keluar mall pulak langit dah kelam weh. Ishh..ishh.. apa laa nak jadi. hahahah.. Okey awal-awal tu dah puas keliling mall tu kami keluar laa, ingat dah nak balik laa kan dah malam.. ehh sempat pulak lagi kami melepak di taman depan mall tuh. Bukan taman sangat sebenarnya, just kawasan lapang, dihiasi lampu-lampu malam berkedipan. Sempat juga laa kami bergambar laa buat video laaa. Friendship goal sangat uollss.. hahahha.. best. Terima kasih korang.. nahh.. muahhh ciked.. muahhh... eiiii.. gelikan.. hahahha.. dah. dah.. merapu je lebih. Tu je laa sekadar serba sedikit yang aku nak kongsikan. Tak kisah laa kalau kita down ke putus asa ke, sebab tu memang lumrah hidup, selagi kita bergelar manusia dan hamba, selagi itu kita diuji. Jadi belajar redha, terima, dan bangkit balik dari semua keperitan rasa itu. Jangan biar lama-lama kesedihan menyebelungi diri. Pesanan aku, bersedih itu tak salah kerana itu mengambarkan kekecewaan kita, tapi jangan sampai memudartakan diri okey? Have a nice day guys.. 

Lekk luu, perkena ayaq maneh-meneh dulu

Raya lambat lagi.. hahaha

Dua ketul kawan aku yang selalu aku panggil gebu gebu. Why gebu gebu? hahaha sebab diorang comel macam kuih pau panas-panas, comel dan gebu ngat.. ngat ermm..

 Alaa.. tak cukup korum lagi ni.. nora mana nora, huhu..

Friday, October 26, 2018

BBM3410/18: Kecewa

Assalammualaikum..

Hmmm.. kecewa la juga sebenarnya. Hal yang paling mengecewakan apabila selama ini hal yang kau tercari-cari dan harapkan, ada di depan mata tapi tak mampu tergapai. Gituh hahhhh gambarannya. Okey laa.. sebenarnya,mungkin hal ini nampak kecil di mata orang lain, tapi hal ni paling besar dan kekecewaan bagi aku. Ermmm...  kalau nak tahu kan... baru-baru ni novelis yang paling aku minat datang UPM bagi talk. Dekat je dari fakulti aku.. di perpustakaan haa.. Tapi talk tu start dari pukul 9 sampai 10 pagi hari isnin baru-baru ni. Tapi soalnya weh... pagi tu aku ada kelas dari pukul 8 sampai 12 wehhhhhh.. sob.. sob.. terasa macam nak ponteng kelas je waktu tu weh. Ermm.. kalau nak tahu, dan mungkin juga ramai yang kenal, nama novelis yang aku minat tu Ramlee Awang Murshid. Dia penulis thriller no 1 Malaysia tau. Bagi aku tak ada yang boleh lawan ahhh dengan dia punya penulisan tuh. Kadang-kadang masa aku membaca jalan cerita novel yang beliau tulis, aku sangat kagum dan tertanya-tanya.. macam mana ehh beliau boleh terfikirkan jalan cerita sebegitu rupa. Bagaikan tak terlintas hal itu di benak fikiran manusia normal lain. Sangat di luar kotak dan mendebarkan. Boleh dikatakan, jika korang beri tumpuan pada pembacaan novel beliau, korang akan berada di satu dimensi yang lain, terawang keluar dari realiti dunia yang sebenar dan masuk ke dalam kisah penceritaan yang beliau karang.

Betul weh aku tak tipu.. try laa baca. Baca je apa-apa pun novel karya beliau, setakat yang aku baca selama ini tak ada lagi laa yang aku rasa mengecewakan dan terasa rugi beli ke macam novel-novel cinta lain. Jika korang bukan peminat novel cinta and yes korang kata korang tak baca novel sebab tak berfaedah, okey aku sarankan korang baca novel-novel karya Ramlee Awang Murshid nih. Serius korang akan terpegun dengan alunan penulisan beliau. Bukan soal tu je sebenarnya, dalam unsur thriller yang diserapkan, dengan unsur mistik dan imaginasi, sebenarnya beliau menerapkan banyak mesej keislaman melalui penulisan beliau. Kalau korang baca novel beliau, pasti akan ada pengajaran dan nilai murni yang bakal korang peroleh. Trust me..



  Haaaa.. ini laaa orangnya.. segak bergaya kan..



Ni antara novel-novel beliau, ada yang aku baca start dari sekolah menengah lagi..


Tapi tak apa lah, nak buat macam mana kan, tak ada rezeki nak jumpa dengan novelis kesukaan aku nih, dah lama teringin nak jumpa orang hebat ni weh. Bertahun dah aku kagumi beliau. Hari tu kalau korang nak tahu, aku pergi PWTC pesta buku buku dekat KL tu dengan harapan boleh jumpa beliau di sana, eh..eh.. aku tersilap hari rupanya. Hari yang aku pergi tu novelis lain yang hadir.. aduhhh kecewa sudah di situ. Tapi tu laa kan dah namanya tak ada rezeki, hmmm.. doakan aku weh.. aku bukan nak jumpa artis ke, pelakon ke, penyanyi k-pop ke, aku just harap sangat one day nanti aku boleh jumpa novelis yang aku minat sangat-sangat ni di depan mata aku.



BBM3410/18: Belajar Untuk Keluar Dari Kepompong Diri

Assalammualaikum..

Okey untuk minggu ni.. kami belajar sesuatu yang baru, untuk fotografi dah habis dah belajar. Bak kata Prof kami.. Prof belajar untuk satu sem tentang sesuatu topik tu kami belajar dua jam jee. Mudah sangat yee... senang-senang je kami ni kan.. hahahaha. Okey untuk tugasan kali ni agak mengejutkan juga laaa.. nak tahu sebab apa? Hahaha.. kami perlu belajar buat video one shot lagu. Haaa yang tu tak apa lagi, yang hal nak kena menari sebab nak mengiringi lagu tuh, aduhhh.. aku lemah betul bab-bab nii. Hahahaha.. tapi nasib baik laa ada ramai je kawan-kawan dalam group yang banyak mengajar. Kami semua malu-malu sebenarnya bila kena menari untuk cover lagu yang agak rancak. Tajuk lagu tu Nakal.. Nakal.. Nakal.. nyanyian Ayda Jebat.

Ya ampun wehhh.. boleh nampak laa macam mana susahnya kami semua try hard jadi gedik untuk menjayakan video tu. Hahaha... benda baru kot, mana pernah nya kami menari sebelum ni.. menyanyi di bilik pun jarang-jarang. Tapi video ni berjaya juga kami siapkan dalam masa yang singkat dan tempoh latihan yang juga singkat. Sebab kami ada pengarah yang cekap dan kerjasama berpasukan yang hebat. Kami hasilkan keseragaman tarian dan siapkan video tu dengan tenaga 10 orang penari. Nasib laa menjadi weh. Walaupun memang malu-malu laa juga nak menari awal-awal tu. Betul laa Prof pernah kata dalam kelas hari tuu, 'nanti korang-korang semua tengok laa nih, yang mana pendiam dalam kelas bukan main di belakang nanti sebenarnya'. Hahahaha.. betul weh apa yang Prof kami cakap. Pendiam ke penakut ke apa ke yang pasti video nih kena dilaksanakan. Demi mu Prof, hahaha..


Alaaa tapi sebenarnya.. awal-awal tu jee malu-malu.. bila dah settle video tu rasa satu kepuasan sangat weh... rasa best sangat, macam melepaskan tekanan pun ada, happy-happy je kami siapkan tugasan nii. Sambil gelak laa bertepuk bertampar laaa, kenangan manis sebenarnya. Satu lagi memori tercipta sebelum nak habis kan belajar  lagi berapa bulan je lagi ni haa.. kejap je masa berlalu kan..

Saturday, October 20, 2018

BBM3410/18: Definisi Bahagia: Makan

Assalammualaikum..

Rasanya semua orang ada definisi masing-masing tentang apa itu bahagia bukan? Huhuhu.. bagi aku, definisi bahagia untuk aku bila aku dapat makan itu ini yang aku suka. Contohnya? coklat, aiskrim, makanan ringan, fastfood, aishhh macam-macam lagi laa. Hahahah.. yang penting makanan tu terkelompok dalam kumpulan makanan-makanan ringan. Ishh.. ishh.. tak elok kan sebenarnya makan makanan ringan nii. Tapi tu laaa.. itu yang aku suka. Sebenarnya.. aku bukan tak pernah cuba untuk jaga permakanan, diet sikit, tapi tak boleh weh. Korang tahu, terasa bagai hilang satu nikmat hidup. Terasa sepi dunia ini, suram kelam tak berseri lagi. Hahhhh over sangat aku punya memberi gambaran tuh.

Hahahha.. Bagi aku kan, sebagai seorang perempuan aku tak kisah sangat bab-bab kain baju pemakaian, kisah memang laa kisah sebenarnya tapi tak laa sangat. Nak tahu sebab apa? Sebab aku lebih suka save duit untuk beli baju demi untuk beli makanan-makanan yang aku suka. Bagi aku biar laa selekeh buruk-buruk pun, aku memang selekeh sejak sekolah lagi. Aku ada satu perangai dan peraturan sebenarnya... bila aku nk beli baju.. baju tu wajib harga rm 25 ke bawah. Kasut rm 20 je tak boleh lebih. Tak kira laa seelok mana sesuka mana pun aku pada sesuatu barang tu kalau melebihi limit harga yang aku dah tetapkan ni memang aku tak kan beli weh. Tapi kalau bab makanannnnn... sekali masuk kedai makan habis rm 50 pun tak kisah weh. Perut punya hal. Tapi kadang-kadang je laa.. selalu makanan kafe kolej tu jee aku makan hari-hari. Ada laa bila-bila cheat day keluar dengan kawan-kawan. Huhuhu... 


Aiskrim.. nyum.. nyum..
Hahhh.. jgn salah phm pulak, tgn roommate aku tuh

Milo kepal.. perghh aku suka gila yang ni


Aiskirm lagi.. huhuhu..

Air bergas pun? Hahaha..

Sushi... prgi pasaraya sushi wajib beli..
kawan-kawan pun tahu aku gila sushi

 
Coklat selalunya jadi penutup.. huhu..




BBM3410/18: Rohingya

Assalammualaikum...

Okey aku nak bercerita sikit tentang aktiviti aku mingu ni. Selalunya bila cuti hujung-hujung minggu ni aku laa yang paling malas nak ke mana-mana. Tapi, aku tertarik dengan satu program anjuran PEMBINA UPM. Program ini terawal-awal sekali adalah tentang pencarian fasilitator SOUL. Oleh itu bagi yang berminat untuk menjadi fasilitator Show Your Love To Rohingya (SOUL) perlu menghadiri rehearsal  dulu pada ahad minggu ni sebelum program yang sebenar ke sekolah pada ahad minggu depan. Nak tahu tak program apa ni? Program ni adalah satu program kesukarelawanan ke Sekolah Komuniti Rohingya Cheras pada 21 Oktober akan datang. Serius weh.. aku bukan laa seorang yang suka join program apa-apa. Program kolej pun aku tak join inikan pulak program-program lain. Tapi memang aku dah lama sertai persatuan Pembina UPM pun, sejak sem 1 lagi. Aku dapat banyak manfaat bila join persatuan ni, aku join usrah, aku join aktiviti-aktiviti kerohanian anjuran persatuan, riadah, macam-macam lagi laaa. Tapi kadang-kadang je laa aku join program, bak yang aku dah highlight kan sebelum ni, aku memang pemalas bab nak join program atau kem. Hahahaha.. dua hal tu aku liat sikit sebenarnya. Join usrah okey laa aku suka sebab tertutup dan tak melibatkan aktiviti luar. Okey berbalik pada program di atas.

Sebenarnya, jujur aku cakap.. aku teringin nak mendekati kanak-kanak Rohingya ni sebenarnya. Selama ni aku tengok di tv baca di akhbar, tak habis-habis aku punya mulut kesian.. kesiann.. jadi bila dapat peluang ni aku tak nak lepaskan laa weh. Aku nak cuba selami derita mereka. Budak-budak ni masih mentah weh, tapi dah macam-macan peristiwa pahit terjadi dalam hidup mereka. Pernah anak-anak negara kita lihat pembunuhan di depan mata? Pernah anak-anak negara kita melihat kematian depan mata, tido dengan manyat yang bergelempangan dalam bot, melihat ibu, kakak dirogol, ayah, abang, adik dibunuh. Serius weh aku cakap.. aku kagumi mereka. Tekad diorang kuat untuk berjuang hidup, mereka hanya menumpang di negara kita, kem untuk mereka pun terletak terceruk mendalam ke dalam hutan. Aku kasihan melihat anak-anak kecil tu.. sekolah rendah kami pergi nanti pun hanya sekadar mempunyai 50 pelajar dan 3 orang staf. Tujuan kami pergi nanti pun sebenarnya untuk menyatuni mereka, bermain dengan kanak-kanak itu dan membuatkan mereka gembira.

Untuk pembahagian tugas fasilitator bagi program ini, aku dalam bidang aktiviti. Jadi aku akan lebih banyak masa dengan budak-budak ni di padang. Aktiviti-aktiviti kami cuma permainan yang mudah-mudah je. Saja... memang matlamat kami pun untuk membuat mereka enjoy dan bergembira dengan kami bermain aktiviti-aktiviti riadah. Aku harap program kami pada ahad 21 oktober nanti berjalan lancr lah. Semoga segalanya dipermudahkan Allah dan berjalan dengan baik seperti diharapkan. Aminnn... 





BBM3410/2018:Biar Gambar Berbicara


Assalammualaikum...

Terlebih dahuluaku ingin bercerita tentang tugas multimedia pada minggu ini. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk menceritakan situasi melalui sekeping gambar. Tapi.. tak boleh sebarangan gambar untuk mengambarkan situasi. Tugasan kami adalah untuk mengambil gambar berdasarkan peribahasa. Kami ditugaskan untuk ambil 10 gambar berdasarkan 10 peribahasa. Contohnya laa kan, peribahasa kami salah satunya tentang rambang mata, haaa... kau kena melakonkan kau punya excited tu melalui reaksi muka dalam sekeping gambar. Ok laaa untuk yang peribahasa ni aku yang melakonkan ekspresi muka teruja tu. Tapi tak susah sangat rasanya sebab memang sifat semula jadi aku kalau jumpa benda-benda yang aku suka memang gitu laa ekspresi muka aku. Teruja tu tak boleh disimpan-simpan sikit. Ishhh..ishh..Okey untuk peribahasa yang lain-lain pula kawan-kawan yang lain lakonkan. Awal-awal lagi kami dah bahagi tugas. Okey laa peribahasa yang kami pilih ada 10 peribahasa, kejap aku senaraikan di bawah;

1. Makan Suap
2. Rambang Mata
3. Berat Tulang
4. Kera Sumbang
5. Halwa Telinga
6. Alas Perut
7. Kutu Embun
8. Patah Hati
9. Kaki Borak
10.Buruk Perut

Haaaa.. cukup 10 peribahasa. Inilah yang orang selalu kata biar gambar berbicara. Biar gambar bercerita dalam bahasa bisu yang hanya mampu difahami naluri. Hahhh gitew kau jahhh. Hahahha. Tapi kan, sememangnya kadang-kadang tak semua hal mampu terluahkan.. sama ada melalui lisan, tulisan mahupun isyarat tubuh. Tapi, satu hal yang tak mampu disembunyikan adalah ekpresi muka. Hahh.. yang tu laa yang akan mengambarkan hati, fikiran dan jiwa kita saat itu. Orang terdekat, orang yang kenal siapa diri kita pasti akan mudah meneka tembak perasaan kita waktu tu. Betul lak tu apa yang mereka serkap jarang. Hahahaha.. bertuah sebenarnya ada kawan-kawan macam gitu.. kawan-kawan aku pun macam tu weh... aku syak diorang pakai ilmu pak belalang weh.. ahli nujummmm... hahaha.. tak laa gurau jee.  




















Hahhh.. cuba teka mana satu dari setiap gambar-gambar ni mengambarkan peribahasa-peribahasa di atas... cer teka.. cer teka... huhuhu.. tak apa.. biarkan saja.. biar gambar berbicara..



Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18: Erti Kasih Sayang

Assalammualaikum..

Seperti yang aku janjikan dalam post sebelum ni, aku nak sambung kan kisah yang tergantung sebelum ni? Ok sebenarnya memang aku dalam dilema juga bila pikirkan mana satu harus aku utamakan di antara dua. Alaaa tak laa dilema sangat sebenarnya, sebab aku dah membuat keputusan yang lebih memberat kepada pilihan pertama. Aku nak balik kampung kot. Tak kira laa apa-apa hal sekalipun, even aku perlu berjumpa sv fyp dan menceritakan kisah aku pun aku sanggup. Semangat je berkobar-kobar sebenarnya, masa nak berjumpa tu takut jugak. Hehehe.. tapi alhamdulillah sv aku baik dan memahami. Katanya pulang sahaja, nanti dah balik upm minggu depan boleh berjumpa semula. Lega weh, bersyukur sangat. Apa lagi weh, cabut balik kolej ahh kemas-kemas apa yang patut malam tu terus ke TBS. Beli tiket online je weh, walau tambahan cas 2 ringgit dikenakan, yang pasti aku nak tiket aku ada, aku nak balik! Hahahah...

Dan sebenarnya jugak, kepulangan aku kali ni juga dirahsiakan. Suprise gitew, huhuhu. Aku bertolak dari TBS malam dan sampai ke alor setar keesokkan harinya di awal pagi. Pukul 5.15 sampai weh. Hening je stesen bas, ada memang laa ada mahluk Allah seorang dua. Tapi tu lah, takut laa jugak sikit. Aku tunggu je di stesen tu sampai pukul 6.15 pagi kepas tu aku naik bas untuk ke kampung aku. Hahaha.. dah sampai di hujung kampung baru aku call mak aku weh. "Mak, cheq balik nih.. laa ni dah ada kat kampung dah. Mak mai ambik sat naihh." Agak-agak apa reaksi mak aku? Hahahaha.. kena bebel laa jugak balik kampung tak habaq. Hahhh kan dah terkeluar ayat kedah di situ. Okey.. okey, sebenarnya family aku gembira tengok aku balik. Adik-adik aku laa yang paling teruja tengok aku balik. Nak pergi sekolah pagi-pagi tup-tup tengok kakak diorang sorang ni balik rumah. Happy mereka. Ayah aku? shuhhhh... rahsia. Dia tak tahu lagi aku balik rumah ni. Nak pergi terjah ayah aku laa. Alaaa hal-hal seterusnya tak boleh laa cerita. yang pasti aku bahagia dan gembira.

Alhamdulillah.. terima kasih Allah.



BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...