Untuk tugasan pada minggu ini, kami ditugaskan untuk menulis nota berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi. Tugasan ini adalah seperti bentuk uji kaji pelajaran bagi kami untuk mengigati semula semua ilmu yang kami pelajari berkaitan kelas multimedia. Dimulakan dengan Asas Grafik yang merupakan tugasan pertama dan juga ilmu pertama yang kami pelajari dalam kelas ini..
Asas Grafik
Bahan yang perlu kami sediakan;
1. Enam keping mounting board hitam
2. Gunting
3. Gam Uhu Stick
4. Pisau Lipat
5. Reben
6. Majalah Terpakai
7. Puncher
Asas Grafik yang dipelajari;
1. Mudah
-Gambar ini menjelaskan konsep mudah
-Hiasan dan objek yang digunakan dalam gambar juga adalah ringkas
-Gambar ini juga tidak sarat dan memperlihatkan elemen mudah
2. Teks
-Dalam gambar ini, teks adalah lebih terselah dan lebih mendominasi
-Teks merupakan perihal yang cuba difokuskan dalam gambar ini
-Gambar ini adalah untuk memberitahu maklumat kepada pembaca dan latar hanyalah sebagai hiasan yang melatari teks
3. Warna
-Warna bagi asas grafik
ialah apabila di dalam sesebuah gambar tersebut memiliki kepelbagaian warna yang pelbagai
- Gambar di atas memperlihatkan warna warni yang melatari gambar tersebut.
4. Keseimbangan
-Gambar ini merperjelaskan mengenai unsur keseimbangan di dalam sesebuah gambar
-Dikatakan seimbang apabila di kiri dan kanan gambar tersebut seimbang dan secara tidak langsung menyeimbangkan gambar tersebut
5. Kesesuaian
-Gambar ini dipilih berdsarkan cirinya yang bersesuaian
-Bersesuaian di sini dapat dilihat melalui ruang, susun atur dan kesesuaian dalam gambar di atas
Kumpulan Produksi Satu Kosong
No comments:
Post a Comment