Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video One Shot

Assalammualaikum..

Tajuk bagi nota yang ketiga ialah video one shot, iaitu yang juga merupakan tugasan video kami yang pertama setelah tugasan fotografi

Video One Shot

1.Pengenalan
-dijelaskan dan diperkenalkan tentang video one shot
-video one shot dari Bruno Mars merupakan contoh yang kami pelajari
-one shot ialah di mana posisi kamera statik dan tidak bergerak dari awal hingga pengakhiran lagu
-subjek yang bergerak dalam video one shot hanyalah penyanyi dan penari sahaja
-paling penting, video one shot merupakan video yang hanya boleh shot sekali tanpa sebarang pengeditan atau penambahan kecuali pada bahagian pengkreditan

2. Proses Penghasilan
-yang terutama dan terawal, perbincangan dilakukan dan pemilihan lagu dibuat secara kesepakatan berkumpulan
-koreografi tarian dan pembincangan susun atur peranan dilakukan mengikut kesesuaian lagu yang telah dipilih
-latihan demi latihan dilakukan sebelum shoot sebenar video one shot direkod
-setiap ahli kumpulan memainkan peranan untuk mengigati  step tarian dan lirik lagu dalam tempoh masa yang singkat
-video one shot yang dihasilkan oleh kumpulan saya iaitu kumpulan produksi satu ksosong ialah bertajuk Nakal, Nakal, Nakal nyayian Ayda Jebat.

3. Video One Shot direkod
-di awal lagu, penyanyi memimikkan mulut mengikut rentak dan lirik lagu tersebut
-seterusnya diikuti oleh penyanyi kedua dan ketiga
-apabila tiba bahagian korus lagu, 5 ahli yang bersamaan dengan separuh dari ahli kumpulan kami akan masuk, menari, dan memimikkan lagu bahagian korus ini
-setelah itu penyanyi seetrusnya akan masuk sebentar untuk memimikkan beberapa rangkap lirik lagu
-ahli 5 orang lagi iaitu pecahan bagi kumpulan kedua akan masuk untuk menari bagi rangkap korus seterusnya.
-setelah disiapkan, video akan diedit untuk di kreditkan dan dipost ke youtube untuk dibentangkan dalam kelas pada minggu yang akan datang

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...