Friday, November 16, 2018

BBM3410/18: Aku si Burung Hantu

Assalammualaikum...

Sebelum aku share story tentang aku, aku nak tanya.. korang ada masalah tak bila nak tido malam? okey sila jawab dalam hati yee.. huhuhu. Kalau aku pulak, aku memang sangat susah nak tido malam, pukul 2 adalah waktu yang paling terawal bagi aku untuk tido. Selalunya pukul 3 lebih pukul 4 tu semua ada lah waktu tido aku. Serius penat giler weh bila esknya kelas pagi pukul 8. Dari sem 1 lagi, sebenarnya dari sekolah menengah atas lagi aku susah tido malam. Hahhh terrrr bagi tahu rahsia diri laa pulak. Macam ni tahu, aku susah tido malam, tapi aku suka tido pagi. Petang pun aku tak suka tido jugak, jarang sangat laa balik dari kelas waktu petakng tu aku boleh tido, kalau letih sangat laa kot tertido jugak. Sebab tu aku suka hari cuti, walaupun aku tido lewat malam, lepas subuh aku boleh sambung tido untuk qada tido malam aku. Hujung-hujung minggu jangan sapa cari aku waktu pagi, hanset aku berada dalam gua, flight mode dan tidak ingin dinganggu, jangan call saya ws atau mesej, sila tinggalkan pesanan anda akan dilayan sebentar lagi, terima kasih. Hahahhaha tak laa gurau-gurau je, tapi yang bab hanset dalam flight mode tu, errr.. yang tu betul. Hehehehe..

Jadi macam mana? Korang ada masalah yang sama macam aku tak? Masalah susah tido malam. Orang kata elok pergi jumpa Doktor, tapi bagi aku, aku tak nak bergantung pada ubat, kerana aku tahu ni bukan tentang soal masalah aku tak boleh tido malam ke apa ke, tapi ni sebab masalah sikap. Nak tahu kenapa aku kata macam tu? Nak bukti? Okey percaya tak bila aku dalam tempoh intern baru-baru nih, aku mampu tido seawal pukul 9 malam. Kau ghase? Hahahaha.. waktu tu laa baru rasa sayang sangat pada bantal, balik penat-penat aku just ingin kan tido je, esok seawal pagi aku dah nak kena bangun, sebab dari rumah aku ke JPN Kedah tu jauh sangat, 35 km weh. Jenuh jugak laa sementara nak habiskan 2 bulan intern tuh. Aku pun tak ingat dan ada beberapa orang akak-akak office tu ajak tinggal dengan diorang di area alor setar, dekat sikit diorang kata. Tapi aku tak nak weh, aku sengaja intern di kedah waalu pun jauh ke tempat intern, sebab nk stay dengan mak aku family aku. Tapi besyukur weh.. masalah susah tido aku nih tak menganggu aku waktu aku tengah tempoh menjalani latihan industri, syukur... kalau tak mau kelipop-kelipop bijik mata aku pagi-pagi dalam pejabat, huishhh.. tak bolehhh...

Pagi-pagi be like.. mengantuk uiii

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...