Sunday, November 4, 2018

BBM3410/18: Pengalaman Percutian di Kampung

Assalammualaikum..

     Mungkin rasa apa yang aku akan ceritakan ini hanya biasa-biasa.. yelakan pengalaman bercuti, di kampung je pun, tu pun nak diceritakan. Huhuhuhu... sebenarnya, hal yang paling mengembira dan membahagiakan itu bukan lah tentang kuantiti tetapi lebih kepada kualiti. Tak kira laa bercuti ke sana sini, dalam ke luar negara ke, kerana bagi aku.. percutian aku di kampung adalah yang paling mengembirakan aku. Nak tahu kenapa? Aku rasa mesti jawapan aku akan kedengaran klise, tapi yee.. memang jawapannya sebab dapat dekat dengan keluarga. Adanya mereka melengkapi segala. Rindu wehhhh.. serius tak tipu. Teringat-ringat nasi goreng pedas mak. Tak mungkin didapati di mana-mana. Aku sendiri tak reti buat nasi goreng air tangan mak aku yang sedap tu. Rasanya dah sama dah bahan-bahan yang aku masukkan, cara pun dah sama, aishhh.. tapi kenapa laa tetap tidak sama rasanya seperti mak aku buat?

Air tangan ibu kan.. lain rasanya, macam ada miracle gitew.  Balik kampung merap mak nak nasi goreng laa malam-malam. Aku jadi tukang potong-potong bahan jee.. mak aku chef utama. Bukan nasi goreng grand-grand ke apa weh, nasi goreng kampung biashe-biashe je kami, tapi tu laaa.. nasi goreng mak aku juga yang selalu aku terkenangkan. Okey tu tentang hal nasi goreng, hal-hal lain banyak sangat kalau nak dikongsi sebenarnya, kenangan dan memori yang terukir hanya dalam satu minggu cuti tu dah cukup untuk jadi penguat aku menghadapi hari-hari mencabar di sini. Hati kena sado, jiwa kena kering, selagi bergelar student selagi itu mental kena kental. Tak mudah untuk gengam segulung ijazah. Cabaran dan dugaan silih berganti menguji... moga hati terus kuat untuk hari-hari yang seterusnya.

     Eh..eh dah lari tajuk lak, aku kan tadi nak share pengalaman di kampung, dah jadi sesi luah rasa di hati lak. Okey nak tahu, sampai je aku di kampung pada hari pertama tu  tak ada laa apa yang menarik sangat yang aku buat, hanya rehat-rehat je dulu lebih kurang. Haaa... masuk hari kedua mula laa meneroka. Satu, sebab tugasan prof.. kedua, sebab memang aku nak mengukur keluasan tanah rumah aku. Hahahaha. tak laa gurau jee. Saja laa sekali sekala balik nak juga pusing-pusing keliling rumah. Anak pokok terung yang hari tu mak aku tanam dan membesar weh, dah tumbuh buah dah pun.. mak aku siap petik lagi buat ulam. Eerrr.. tapi aku tak makan sayur, aku perhati je laa ulam-ulam kampung yang terhidang di meja makan tu. Mak, abang dengan tok aku suka makan.. memang nanpak sedap pun weh segar-segar jeh.

Tapi aku sememangnya tak akan makan. Sebab ulam tu tergolong dalam keluarga adik beradik sayur-sayuran dan aku sememangnya tak suka. Nak buat macam mana.. tak boleh nak diubah laa pulak kelaku tuh, waduhhh... apa laa nak jadi. Selesai hal ulam sayur bagai, aku nak cerita gena aku ikut mak aku masuk ceruk-ceruk semak semata-mata sebab kami nak kait buah mempelam.Uishhh takut pacat naik kaki cheq oiii dalam semak-semak kawasan tanah lembap tuu. Nasib laa tak ada apa-apa. Petang-petang laa ikut mak pergi tengok-tengokkan padi. Saja laa tak ada keja apa petang-petang, pergi tengok padi, pastu menyakar sampah, cabut rumput-rumput, pastu kita bakor yop kita bakor. Huhuhu.. macam-macam hal lagi kalau nak dicerita sebenarnya.. cukup laa dulu setakat itu, hehehe..







No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...