Sunday, November 4, 2018

BBM3410/18: Sahabat Itu Umpama Permata, Sangat Berharga

Assalammualaikum..

      Untuk mereka.. aku sediakan satu post blog yang khas hanya untuk menceritakan tentang mereka. Sebab kalau nak dikarang tentang mereka.. mungkin helaian pena sehelai tidak akan mungkin mencukupi. Korang pernah rasa tak perasaan sayangkan sahabat? Yeee.. aku rasakan hal yang sama. Sebenarnya aku sayang semua kawan-kawan aku yang berada di sekeliling aku. Kerana dari dulu sampai sekarang, Tuhan beri pada aku kawan-kawan yang sangat indah, selalu di sisi dan selalu ada. Walau aku ke hujung negara sekalipun, Allah tetap mengirim insan-insan yang baik  di sekeliling aku. Aku memang tak banyak kawan sebab, aishhh.. aku tak tahu kenapa tapi aku memang pemalu bila bab nak bertegur sapa. Tapi sekali aku dah mesra dengan orang tu, percaya laa.. orang yang akan rimas dengan aku. Hahahahaha... tak sombong, cuma malu nak bertegur sapa dengan sesiapa.. senyum je mampu. Bila dah ngam, mula laaa perangai over aku.. pot pet pot pet hang tak reti diam ke weh.. Tanya diri sendiri tapi aku buat jugak, huhuhu..

     Okey dah.. dah.. jauh pulak aku punya mukadimah. Nak ceritakan tetang kawan-kawan aku nih, sebab kali ni balik kampong dan jumpa kawan-kawan lama di kampong, jadi cerita tentang mereka laa untuk kali ni. Kami berempat, geng kami ni tertubuh masa kami belajar di tingkatan 6. Wuu.. tertubuh tu punya ayat, macam persatuan laa pulak, okey laa kita cakap terbentuk laa senang. Okey kami start rapat tingkatan 6.. mana-mana pergi pun selalu dalam kelompok berempat kami.. dan sampai masing-masing berpecah untuk sambung pelajaran pun masing-masing still bersama... tak lost contact. Tapi dah lama weh tak jumpa, Alhamdulillah hari sabtu last sebelum aku balik UPM, kami masing-masing sempat berkumpul jumpa. Tuhan je tahu rindu betul pada mereka. Ternyata perangai kami masih sama, bila jumpa ada je yang nak dibantai gelakkan, sekecil-kecil hal boleh jadi isu besar untuk kami bantai gelak. Bayangkan tengah beli lokcin di tepi jalan, orang tengah ramai-ramai, boleh kami bantai gelak tak kira manusia ramai. Siapa kata budak U perangai semenggah, jumpa kawan-kawan sekepala hilang semua ayu sopan tu. Okey laa okey laa.. cakap tentang perangai kami je sebenarnya. Hahhahahaha... ishh..ishh.. apa laa nak jadi.

     Awal-awal tu kami kumpul dulu di hujung kampong, pastu bergerak sekali berkonvoi 3 bijik moto, aku lak naik dengan kawan aku sebab tu jadi 3 bijik moto je tu. Hahaha.. kami pun bergerak sekali menuju kedai makan lejen dulu.. satu sekolah popular kedai makan tu, tempat lepak, tempak berkumpul, tempat kasih menyatu semua kat situ lah. Bila sampai tu macam biasa, kedai tu tak pernah tak penuh, nasib ada jugak meja untuk kami, huhuhu.. lepas makan kami pergi melepak di tepi pantai pulak. Tapi tuu laa.. air laut tak pasang, kering je di tepi persisiran pantai tu. Tak apa laaa.. asalkan boleh melepak kenang memori dulu-dulu. Lepas beli lokcin tu laa kami makan tepi pantai, sambil mengenang memori zaman sekolah. Perkara paling wajib kami kena buat.. bergambar laa.. hahaha.. sebab nak tukar gambar profile group ws kami. Dah berhabuk berlapuk bertahun dah tuu.. yang pasti.. pertemuan kali ni menunjukkan, kami masih kami, kami tetap kami, kami masih sama dan tiada siapa yang berubah, dan.. itu lah kami. Lot of love.. muahhh...







No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...