Friday, November 9, 2018

BBM3410/18: Happy Birthday Mira

Assalammualaikum..

Hari jumaat 9/10/2018 merupakan tarikh yang sememangnya dah di plan awal-awal oleh kami semua. Siap ada group ws lagi untuk menjayakan plan pada tarikh ni. Sekarang pukul 2.45 pagi 10/10/2018 bersamaan baru beberapa jam jeh majlis kami telah berlalu. Majlis apa tu? Mesti lah majlis meraikan hari jadi bezday girl.. our Aini Amira Isa. Wuishhh.. berpeluh-peluh nak memastikan rancangan hari ni berjaya. Hahahah.. sebab our bezday girl nak balik kampong pada hari dan waktu kejadian, wuishhh tal boleh, hancur plan kami yang dah berminggu dirancang tuh. Hahaha.. mira, kalau mira membaca blog ni, just nak cakap... terima kasih sebab menanguhkan hari nak balik kampong, sempat seharian ni spend time dengan bezday girl sebelum esok mira nak balik kampong dah kan mira? Huhuhu..

Okey macam ni kisahnya kalau mira dan korang semua nak tahu, bezday mira yang bertarikh 9 November 2018 ni jatuh pada hari jumaat, dan kami semua tak ada kelas hari jumaat. Tup.. tup... tiba-tiba jeh ada kelas ganti on the spot. Aduhhh gena nih, kami masih dalam proses mereka hias dekorasi, masak, dan sebagainya. Tapi aku tolong sikit-sikit je hal dekorasi sebab pada masa yang sama tengah berperang siapkan fyp untuk dihantar petang nanti. Jadi sebab lect kata siapa yang boleh hadir kelas petang ini boleh hadir, siapa yang ada urusan lain tak apa, diberi pengecualian. Hahahah, jadi ziemah, nora dan yin tak pergi laa kelas tu sebab nak menjayakan plan nih, banyak hal lagi belum disiapkan, aku pulak pergi kelas petang ni sebab nak hantar fyp.

Mesti mira marah kan mira sebab alasan yang lain tak nak pergi kelas petang ni sebab nak tido laaa.. malas laa... hahahah.. sorry sayang, tu semua alasan jeh, akaiii jeh semua tuh semata-mata demimu mira. Nampak tak bertapa penting dan berharganya mira untuk kami semua? Yin dengan nora yang jarang ponteng kelas tu pun boleh ponteng kelas sebab alasan nak tido dan malas. Ziemah dengan aku lak tak mungkin mira syak apa-apa sebab kami dua dah memang jenis pantang ada peluang sikit memang kaki ponteng. Hahaha, tapi kami belum pernah ponteng kelas prof, kelas lain jee.. biasa laa kelas pagi-pagi tu terasa liat sikit nak bangun. Kadang-kadang lepas subuh, kelas pukul 8, ehh.. ehh boleh sambung tido kejap  kononya 5 minit jeh karang bangun.. hahhh ambik kau, terlepas kelas pagi. Hahaha.. alaa nak habis belajar dah, lepas ni tak boleh nak ponteng dah, gila nak ponteng keja. Sekarang laa nak buat kenangan perangai huduh sebagai student, hehehe..

Okey dah.. sambung balik cerita di atas.. lepas elok-elok sampai depan kelas jeh, mira dapat panggilan dari kakak dia di kampong, disuruh balik kampong sambut anniversary parents. Hahhh sudah... mira sebelah aku dalam kelas dok buat kira-kira jam dah, paling aku kecut perut bila dia dah mula usha tiket online.. hahhh haru, gaisss.. help! Aku pujuk mira jangan laa balik petang ni(dalam hati.. majlis untuk mu petang ni mira uiii) Last-last aku keluar dari kelas dan call kuncu-kuncu di kolej yang tengah menyiapkan majlis. Jadi ziemah pun call mira pujuk jangan balik, last sekali ws dihantar dan rahsia nih kami pecahkan, semata-mata nak sekat mira dari jangan balik kampong dulu. Alaaa... tak surprise dah laaa, tapi tak apa laa... yang penting majlis kami tetap berjalanseperti yang dirancang. Huhuhu.. happy birthday mira! Muahhhhh...









No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...