Friday, November 9, 2018

BBM3410/18: Prof Kami Masuk TV Lagi

Assalammualaikum...

Okey minggu ni kami tak ada kelas sebab prof kami melanjutkan cuti sempena Depavali. Huhuhu.. berkat jari okey yang semua budak kelas post dalam Instagram, kami berjaya mendapatkan cuti tanpa kelas atau secara tepatnya lagi pengantian kepada kuliah atas talian. Awal-awal tu aku terpikir jugak, kuliah macam mana eh dalam talian, belum pernah lagi sebelum ni lecture kami buat kelas dalam talian. Aku bayangkan kuliah secara live, semua kena respon, arghhhh.. aku pun tak tahu apa yang aku bayangkan. Aku cuma pernah tengok status yang di post kawan-kawan subjek lain di mana mereka mengadakan kuliah secara live. Sepanjang aku belajar untuk subjek-subjek khusus kami belum lagi laa. Sebab tu aku dah terbayang tentang mereka-mereka yang lecture diorang bagi kuliah secara live tu. Rupa-rupanya tahu tak, tugasan kami untuk kuliah atas talian hari isnin hanya perlu menonton tv. Wuuu.. prof kami masuk tv tu.. ko ada? Huhuhu, bangga kejap lecture kami masuk tv. Prof UPM memang power ahhh. Bangga nak bagi tahu semua orang di media sosial prof kami yang mengajar kami dalam kelas tiap-tiap minggu di panggil stesen tv.

Comel je prof kami bila ditengok dalam rancangan tv Al Hijrah tuh, macam mana prof dalam kelas macam tu laa juga prof dalam tv. Comel je kelaku prof kami, hehehe... Sehensem-hensem ashraf muslim kat sebelah tu, berseri-seri lagi prof kami tahu. Nak tahu tak tugas kami apa, hanya perlu ambil gambar prof kami dan upload di Instagram dengan hastag yang telah diberikan. Selesai upload tu ketua kelas kami maklumkan prof ingin beri cuti lagi untuk kelas hari khamis. Wuuu teruja masing-masing dengar. Hahahaha.. bukan sebab apa tahu, sebab kami ni budak U teruja sangat kalau bab-bab kelas batal ni, tak kira laa subjek apa pun, feeling tu rasa macam bestnya kelas tak ada hari ni boleh lepak-lepak di bilik jee. Hahahah.. tapi tak ada rezeki kami lak sebab hastag tak cukup 80. Tak apa laa.. ada kelas pun boleh juga aku buat kalander aku, sama juga kalau tak ada kelas kalander tu aku akan buat dalam bilik. Jadi mana-mana pun tak apa. Huhuhu...




 

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...