Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: Pembentangan Video

Assalammualaikum..

Okey setelah seminggu bercuti semester, dan digantikan dengan kuliah online, hari ini untuk tugasan yang telah kami siapkan sebelum cuti, kami bentangkan. Untuk tugasan kali ini adalah tugasan yang sememangnya awal-awal semua orang dapat tahu tu, kami be like.... hahhh? menari??? Hahahaha okey laa awal tu cuak jugak laa, aku pun sama.. sebab memang tak pernah menari atau rekod apa-apa video menari ke menyayi ke. Makkk... cheq maluuuuuu. 

Hahaha.. aduiiii. Okey-okey, anggap ini cabaran dan something yang baru. Rilekkkk.. menari je pun, rilekkk. Hahaha.. cuba tenangkan hati sendiri. Pastu kitaorang praktis, buat video and kemudian settle. Tahu tak, rupa-rupanya best menari nih, walaupun aku punya tuh lintang pukang. Cuma bila menari kita boleh bergelak-gelak dengan kawan-kawan bertepuk tampar semua ada. Tu jugak boleh hilang kan stres, terutamanay stres fyp aku lah, hahaha. 

Okey pagi ni kami pun present depan kelas video tu, group pertama lak tu. Waduhhh nyah malu. Diri sendiri punya menari pun pusing belakang tak nak tengok. Tak ada laa kami semua menari over ke melebih-lebih ke cuma, just malu je nak tayangkan video tuh. Hahahah... tapi jujur cakap, tugasan prof untuk video yang memerlukan kami menari semua ni best sebenarnya, best masa proses pembikinannya tu. Huhuhu..




Tu cerita tentang tugasan video, sekarang cerita tentang post di instagram pulak, untuk post di instagram ni, kami perlu post 3 gambar seminggu. Kadang-kadang tu sambil berjalan balik dari kelas pun sempat lagi, 'weh, kau ambikkan gambar aku, untuk post 3 minggu di instagram punya'. Hahahha.. pastu kami berganti-ganti jadi tukang ambikkan gambar.







Cerita tentang di twitter pulak, aduhhh aku tak reti main twitter. Nih first time aku download app twitter, tu pun demi tugasan. Cuba untuk main twitter sehari satu tweet, tapi tu lahh,tak tahu apa masalah aku, bila terasa ada je nak tweet something, bila buka twitter rasa tak ada apa-apa pulak nak di tweet kan. Macam tak penting pulak tweet yang aku nak tulis tu, macam tak bermanfaat pulak. Hahahahha macam-macam dalam akai fikiran nih, last-last tak jadi tweet lak. Ada laa kadang seminggu sekali seminggu dua kali macam tu je, kalau aku rasa betul-betul ada something yang aku nak tulis baru aku tweet, gitew lak...









No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...