Friday, November 9, 2018

BBM3410/18: Aku Bukan Aku

Assalammualaikum..

Pernah rasa korang bukan diri korang yang seperti selalu? Aku rasakannya minggu ni, sebenarnya setiap kali tiba musim penghantaran fyp aku merasakan yang aku bukan aku. Serius weh, sakit nak habiskan ijazah, tak mudah nak genggam segulung ijazah. Okey laa okey laa aku jujur laa.. sebenarnya ijazah ni menyeronokkan jee, selaut asightment melanda sejak sem 1 sampai sem 7 pun aku masih boleh hadap boleh handle walau rasa stress ke rasa berat ke.. alaa benda biasa jee, sebagai pelajar universiti memang laa dah tugas kita menghadap benda tu. Tapi sejak sem 6 dan sem 7 ni, pengajian ijazah aku betul-betul terasa menekan. Nak tahu sebab apa? Sebab fyp jeh pun. Jehhh pun? mudah je aku cakap jehh pun. Hal yang aku jehh kan tu laa yang buat aku rasa nak terjun lombong. Hahahaha, gurau je gurau. Stres weh buat fyp, waktu ni laa aku terasa bukan macam manusia dah, dah macam serupa apa pun aku tak tahu diri aku. Aku jadi pelik, jadi aneh, jadi serabut dengan semua benda hinggakan seekor semut yang melintas dinding di depan aku pun terasa menganggu sangat. Bukan tak cuba kawal emosi dan perasaan nih, tapi memang terasa menyucuk-nyucuk dari hati, jiwa sampai ke kepala. Hahahaha.. sebab fyp ni penting, berkali-kali perlu buat permurnian pun tak apa laa nak buat macam mana sebab memang perlu hasilkan yang terbaik.

Saja laa aku luah kan apa yang aku rasa, satu sebab aku tak tahu nak tulis apa untuk update 3 blog seminggu, yang kedua sebab aku anggap sapa jee la nak baca blog aku nih. Jadi aku menaip je lah apa-apa pun. Hahahah... aduii laa. Hmmmm.. tapi serius weh.. aku rasa bersalah pulak dengan kawan-kawan aku dan orang-orang sekeliling aku bila emosi aku jadi macam tuh. Aku yang selama ni tahu gelak je 24 jam bila tiba musim penghantaran fyp jeh mesti aku jadi aneh dan emosi tak betul. Bukan maksud aku marah-marah orang sekeliling aku ke apa, cuma sifat dan sikap aku tu haa.. jadi dingin sangat, serupa segumpulan awan hitam menyebulungi atas kpala aku ni hahh. Nampak sangat aura awan mendung kelam nak ribut hujan guruh kilat tuh dalam diri aku. Tapi aneh, bila aku dah hantar fyp, automatik emosi aku jadi normal balik, gelak 24 jam macam selalu balik, just jadi normal semula. Aku tak tahu laa kenapa.. kalau bab perihal fyp memang aku akan rasa tertekan sangat sebab nak memastikan apa yang aku buat tu betul, bersesuaian dan bertepatan sepertimana yang dikehendaki. Bila tiba musim penghantaran fyp tu, memang seminggu tuh tiap-tiap malam ahhh tido lewat pukul 3, 4 pagi semata-mata demimu fyp. Hahaha... tak apa laa, kenangan untuk dikenang anak cucu nanti, tak mudah nenek dulu nak dapatkan segulung ijazah pun cuu. Berangan... entah hidup entah mati dah waktu tuh, tak sempat tua. Harap-harap masih diberikan umur yang panjang, untuk berbakti dan membalas jasa ibu bapa sebelum dijemput Ilahi. Aminnn...



No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...