Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18: Minggu Kedua

                                                                    *Minggu Kedua*


Pada hari ini, kami diberikan pendedahan tentang asas grafik. setelah itu, semua orang berkumpul di Latar Siwa untuk memulakan tugasan pertama. Terlebih dahulu, pembahagian tugas dilakukan untuk menjadikan kerja lebih pantas dan efisien. Ternyata setiap ahli juga memberi kerjasama yang begitu baik dan semua orang tekun melaksanakan tugas ini. Tugasan pertama mengajar kami untuk menjadi peka dan teliti di samping kreatif dalam menyiapkan tugasan ini.

Merupakan satu tugasan yang menyeronokkan apabila kami seolah-olah dapat kembali ke nostalgia lama zaman sekolah dimana kami bermain dengan gunting, kertas dan gam. Cuma sahaja tugasan kali ini lebih tinggi dan bersesuaian dengan tahap pendidikan kini. Namun, semua orang begitu menikmati usaha menyiapkan tugasan ini dan ternyata  mampu disiapkan pada masa yang dikehendaki.













No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...