Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18: Kuliah Minggu 1

                               *Minggu Pertama Kuliah di  Semester Akhir*

Rabu, 12 September 2018. Hari ini  bermulanya permulaan baru bagi perjuangan yang terakhir sebelum menamatkan program ijazah. BBM3410 Multimedia  merupakan antara subjek yang diambil pada semester akhir ini. Juga merupakan kelas pertama pada hari tersebut. Mengisi kekosongan tempat di dalam kelas, seterusnya sesi pengenalan awal subjek ini dimulakan oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim. Berdasarkan penerangan yang diberikan, saya mendapati subjek ini menarik dan berbeza dari apa yang selalu kami belajar sebagai pelajar linguistik. Kami didedahkan dengan gambaran awal khusus ini, tugasan-tugasan, pembahagiaan markah dan sebagainya. Seterusnya, kami diminta untuk memilih ahli kumpulan bagi tugasan yang bakal diberikan. Selain itu, bagi tugasan minggu hadapan, kami diminta untuk membawa beberapa bahan untuk tugasan pertama berkumpulan. Antara bahan-bahan tersebut ialah:

1. Enam keping mounting board hitam
2. Gunting
3. Gam Uhu Stick
4. Pisau Lipat
5. Reben
6. Majalah Terpakai
7. Puncher

Seterusnya, bahan-bahan yang perlu dibawa ini dibahagikan mengikut setiap ahli...


No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum.. Pada minggu ini kami mendapat tugasan untuk post 2 gambar di fb. Tapi masa kelas hari isnin hari tu aku pulak ada viva,...